Original PDF Flash format psoriasis‐dewasa  


Psoriasis‐dewasa

Psoriasis‐Dewasa 
Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat
dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa
dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan
lain termasuk kuku dan tulang.



Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis

• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh
menimbulkan kesakitan
Guttate psoriasis

Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)


Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah
sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda
seharusnya :
o
Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o
Menggunakan sarung tangan
o
Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada
menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o
Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o
Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o
Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA



Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda
akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan
dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang
boleh mengawal masalah ini.

Semakan terakhir : 14 Julai 2006